PGSR

PGSR BM IPG Kent

Archive for 2011


Tugasan Modul BMM3108

  1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
  2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.
  3. Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia?
  4. Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing?
  5. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator.
  6. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi.

Tugasan Modul BMM3107

1. Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

2. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

3. Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.

4. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

5. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual

KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme
Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain (Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999). Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat   kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang. Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea