Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi meningkatkan kreativit dan daya imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. murid -murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”. Aktiviti seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

September 21st, 2011 at 12:45 am
bagi yang mencari kumpulan buku2 referensi teknik serta bahan perkuliahan lainnya,,jangan ragu2 untuk mampir di web saya,moga bermanfaat
April 15th, 2012 at 6:06 pm
k thanks